Saturday, December 19, 2009

'Pelempang' Untuk Pemimpin

Seorang pemimpin tersohor yang sedang marah datang 'menyerang' seorang ulama dan berkata:
" Kami sangat memerlukan pahlawan berilmu seperti awak dan kami menjemput awak ke sini kerana hendak mengambil faedah dari ilmu awak yang luas itu.
Tetapi awak sedang memecah belahkan kami dengan menekankan KEPENTINGAN SEMBAHYANG! Sembahyang ialah soal peribadi. Sesiapa pun tidak berhak menggugat kebebasan orang perseorangan!"


Setelah membaca beberapa ayat Al-Quran yang menyentuh tentang sembahyang dan lepas itu berkata:
" Tuan, sembahyang ialah petanda pertama untuk mengenali seorang Islam. Sesiapa yang menolak sembahyang adalah pemberontak.

Memang betul sembahyang adalah soal peribadi, akan tetapi siapakah hendak percaya bahawa orang yang tidak menunaikan kewajipan terhadap Allah dapat melaksanakan tugas-tugas negara dengan baik?
Memang betul setiap orang bertanggungjawab atas diri masing-masing, akan tetapi apabila setiap orang membentuk satu masyarakat maka tanggungjawab tadi menjadi tanggungjawab bersama .

Adalah menjadi kewajipan wakil-wakil negara untuk menjalankan tindakan mereka menurut agama negara mereka. Andainya seorang manusia , lebih-lebih lagi para pemimpin sesebuah negara, tidak mahu tunduk kepala mereka kepada Allah, maka siapakah yang akan menahan mereka daripada sujud kepada pihak lain?

Penyembahan terhadap Allah membina keyakinan di dalam diri manusia dan ianya juga menahan manusia sujud kepada manusia lain.

Sebab itulah saya rasa perlu sekali pemimpin-pemimpin negara menyembah hanya Allah dan memenuhi segala kewajipan terhadapNya. Dengan cara ini mereka tidak akan lalai dalam memnentukan masa depan negara mereka."

*Pemimpin yang diceritakan adalah Mustafa Kamal Pasha(Attaturk) dan ulama yang lantang menyuarakan pendapat dan tak jemu mendaulahkan Islam kembali di bumi Turki tersebut adalah USTAZ BADIUZZAMAN SA'ID NURSI.

Dipetik dari buku 'USTAZ BADIUZZAMAN SA'ID NURSI ,PEJUANG DAN ULAMAK TURKI YANG TABAH DAN GIGIH'-diterbitkan oleh Wan Jaffree Wan Sulaiman

Bebaskan Hatimu Dengan Memaafkan

“Mereka seiras…”
Lama saya lihat wajah itu. Mereka benar-benar seiras. Biarpun saya tahu itu bukan dia,pun sudah cukup untuk membuatkan memori luka itu kembali berputar.
Tangan saya mula menggeletar.
Hati saya menjadi geram tiba-tiba. Kesakitan itu kembali merenggut jiwa. Saya masih tidak dapat melupakannya…

“Tim…sudahla...”,perlahan-lahan sahabat saya menarik tangan saya.
“itu bukan dia...”,katanya memujuk.
Saya pandang wajah sahabat saya. Air mata saya bergenang. Saya mengangguk.
Ya, dia bukan kak A.
Kami berlalu pergi.

Jauh saya termenung malam itu. Sudah 6 bulan berlalu. Setelah dia tamat pengajian,kami sudah tidak berjumpa. Tidak ada kata perpisahan antara kami. Segalanya putus begitu sahaja.

Aduh, kenapa sukar sekali memaafkannya? Besar sangatkah kesalahannya kepada aku? Sedangkan nabi pun ampunkan umat,inikan aku..umatnya?
Ah!itu nabi,maksum!sedangkan aku hanya manusia biasa…hati saya kembali terseksa.

“Akak, saya nak minta maaf… atas kesalahan yang saya sendiri tak tahu…boleh tak untuk kali ini akak beritahu apa salah saya sehingga akak hukum saya begini?saya sanggup minta maaf untuk tebus segalanya..Cuma beritahulah saya apa kesalahan saya?”
Kak A diam. Masih sibuk menaip. Matanya langsung tidak menatap saya yang berada di sisinya.
“Takda apa!”
Kasar bunyinya. Saya sebak. Saya buntu.
Kerana apa hingga akhirnya nama saya dijaja di atas kesalahan yang tak pernah saya lakukan?
Andai ada, kenapa sukar sekali untuk dia akuinya?
Andai ada salah faham antara kami,kenapa cepat sekali dia menghukum saya?puas saya memikirkannya.

Hubungan kami sangat rapat sebelum ini. Bagai kakak dan adik kandung,seperti tidak dapat dipisahkan. Tak pernah saya meninggikan suara, jauh sekali melakukan perkara yang mampu menggugat perhubungan kami..tetapi kali ini kerana apa?


“Kau boleh tahan lagi setelah segala fitnah yang dia buat kat ko?”
“kalau kau nak, kami boleh sound akak tu,melampau sangat!”
“kalau aku jadi kau Tim,habis dia aku kerjakan…ko tu yang baik sangat,biar dia buat kau sesuka hati dia jer!”
“sampai macam tu sekali kau jatuhkan maruah kau untuk mintak maaf kat perempuan tu?kau tahu kau tak salah,kenapa nak mintak maaf?”
“betul,kau ada hak untuk tidak memaafkan dia!Dia yang bersalah!”

Sedikit sebanyak saya termakan kata-kata sahabat saya. Saat itu saya tekad untuk tidak memaafkan dia. Saya ada hak untuk melakukan begitu!
Saya tahu saya tak bersalah!
Untuk apa saya perlu memaafkan orang sepertinya?!

6 bulan berlalu..selama itulah saya menjeruk rasa. Saya paranoid.Sukar untuk mempercayai sesiapa lagi. Saya sudah tak tahu,siapa kawan siapa lawan.


Orang yang paling kuat ialah apabila dia menahan marahnya walaupun dia berkuasa membalas….ya, saya tidak membalasnya saat saya mampu..tetapi saya tidak dapat memaafkannya. Sampai bila harus saya simpan dendam ini?sampai bila baru saya boleh memaafkannya?saya tahu..hati saya semakin sakit kerana tidak memaafkannya.bagaimana harus saya lepaskan rasa ini?hebat sangatkah saya untuk tidak memaafkan kesalahannya?


Lama saya berdoa, lama saya bermunajat. Mohon kepada Yang Maha Lembut agar hati saya ini mampu memaafkannya agar mudah saya dimaafkan di akhirat kelak.Bialah rasa pedih ini pergi…
Ya,saya mahu memaafkan agar dimaafkan. Saya yakin hati saya tidak sekeras itu untuk tidak memaafkan sesiapa. Saya tahu saya msmpu melupakan segala salahnya pada saya. Dan saya berharap Tuhan juga akan memaafkan saya dan menempatkan saya di kalangan hambaNya yang di ampuni.

Dari jauh, saya nampak wajah dia. Dia datang untuk melawat sahabatnya. Perlahan-lahan kaki saya melangkah ke arahnya. Dalam hati saya berdoa agar dapat memaafkannya. Saya hanya mahu bebas. Bebas!

Saya beri salam. Saya senyum kepadanya. Wajahnya sedikit terkejut. Dia masih diam. Serba salahkah dia?terkejutkah dia setelah sekian lama kami tidak berjumpa?
Saya tak peduli.
Pantas saya bersalam dengannya. kami berpelukan. Erat. Saat itu,air mata mula bergenang. Dan hati saya…tiba-tiba terasa bebas. Seperti sesuatu yang berat menghilang. Tenang sekali. Adakah saya sudah maafkan dia?
Ya…saya sudah berjaya memaafkan dia..setelah sekian lama, belenggu dendam dan marah itu hancur. Saya bebas.

Kami lepaskan pelukan.Matanya berkaca. Saya hanya mengangguk.Tersenyum padanya.
Kami bagai dapat membaca perasaan masing-masing.Memaafi tanpa berkata-kata. Akhirnya dia tersenyum. Kami berbual sebentar. Indah sekali saat itu. Saya tahu...saya rindukannya.

Saya syukur sekali. Setelah sekian lama saya bertarung dengan perasaan dendam dan marah,setelah diikat dengan rasa ego yang akhirnya menjerat diri saya..kini saya bebas dari semua itu. Hati saya kembali tenang.
Sedangkan Allah mengampunkan dosa hambanya walau sebesar gunung,walau sebanyak butir pasir di pantai,jadi siapa saya untuk menghukum?

Saya belajar sesuatu: maafkanlah agar mudah dimaafkan nanti…saya berdoa untuk dilepaskan,dan kini saya benar-benar bebas……

"To forgive is to set a prisoner free and discover that the prisoner was you."

“Katakanlah : wahai hambaKu yang melampaui batas ke atas diri sendiri,jangnlah kamu berputus asa dari kasih sayang Allah,sesungguhnya Allah boleh mengampuni dosa-dosa semua,sesunguhnya Dia Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”-Az-Zumar:53

Monday, January 19, 2009

Bila Baulu Menjadi Guru

Mengikut kamus Opah saya nama baulu mungkin hasil revolusi daripada perkataan sebenarnya iaitu BUAHULU.

Atau mungkin inventor asal kuih ini mendapat namanya ketika terdengar bicarawara seorang Cina dengan kawannya yang tak mandi tiga hari: “ Bau lu punya pasal wa penin seminggu woo!”
Cukup-cukupla merapu.

Baulu tidak asing dalam masyarakat kita . Baulu sentiasa dekat di perut hati kita. Baulu tidak pernah dilupakan. Ia cantik tersusun baik dalam bekas kaca untuk jamuan Hari Raya ataupun dulang hantaran perkahwinan. Bentuk baulu juga mengalami revolusinya tersendiri, dari darat (bentuk ala-ala kubah) sehinggalah ke laut (bentuk ikan emas dan bentuk scallops)

Apa bahan asas membuat baulu?

Tepung , Gula dan Telur.
Ringkas sahaja bahannya. Mudah dijumpai tetapi tidaklah murah dibeli (ekoran kenaikan harga barang yang menjadi-jadi)

Oh, saya bukannya hendak mengajar bagaimana membuat baulu kerana saya bukanlah pembuat baulu yang baik melainkan pembeli baulu yang cemerlang sahaja.

Bagaimana menentukan baulu yang berkualiti ?

Baulu yang sedap dan berkualiti mempunyai ciri ringan dan fluffy (gebu-gebu gitu).

Senang ke nak buat baulu?

Susah. Lebih susah dari membuat Almond London yang glamour tu. Silap haribulan baulu anda akan menjadi berat dan keras semacam. Tapi bagi orang yang berpengalaman lain ceritala.

Kak Saripah (bukan nama sebenar): “Kenapa baulu akak macam berat je dan tak gebu macam muka akak?
Banyak kemungkinanya kak.
1. Tepung tidak sesuai. Gunalah tepung berkualiti instead of tepung cap ayam.
2. Tepung mesti digoreng terlebih dahulu sehingga benar-benar kering sebelum dicampur dalam adunan.
3. Adunan tidak dipukul sehingga betul-betul kembang. Orang tua kata lebih baik pukul cara tradisional iaitu dengan senduk mahupun pemukul telur. Pukulan juga sabaiknya satu arah sahaja. Sambil-sambil tu selawat-selawatla sikit.
4. Perlu lebihkan kuning telur (Talking about diet?hehe)
5. Tahap suhu oven mesti sesuai. Kalau ikut cara tradisional, kita bakar guna sabut kelapa. Tapi tiada sabut, oven pun berguna. Manfaatkan teknologi yang ada.
6. Mood kena baik semasa membuat baulu. Apa yang kita lakukan adalah refleksi perasaan kita. Banyakkan zikir dan senyumla masa membuat baulu(erk…?), moga baulu anda semanis senyuman anda.^_^


Tidak ramai masyarakat sekarang tahu cara membuat baulu. Ramai juga yang tahu cara membuat baulu tapi malas membuatnya kerana potensi nak menghasilkan baulu yang ‘ngetop’ sangatla sukar(termasukla yang menulis ni). Tak apala, yang penting didik anak-anak kita kenal baulu sebagai kuih tradisional kita.



Baiklah, apa teladan yang boleh kita belajar daripada baulu?

Kaitkan baulu dengan solat kita.

Solat tidak sukar. 5 minit dah boleh selesai solat 4 rakaat(bergantung pada individu). Selesai 13 rukun solat, okla tu, sah dah la tu.

Dari konteks hukum, sempurna rukun maka sahla solat kita. Tapi berkualiti atau tidak solat kita?

Macam si baulu tadi, yang tidak berkualiti adalah yang keras dan berat. Macam tu jugala solat kita.

Nak tunai solat pun kita rasa berat. Macam taknya, cerita Hindustan tak habis lagi! Sampai part lagu je, tak cukup tanah kita lari ambil wuduk dan tunaikan solat sesegera mungkin. Takut terlepas part best beb!

Dan macam mana nak rasa kemanisan dan kehalusan solat andai hati sekeras batu? Penuh dengan karat mazmumah. Nak capai taraf pra-kusyuk pun sukar. Kunci kereta hilang 20 tahun dulu pun boleh jumpa dalam solat. Dalam dok solat tu pun boleh pula rancang nak masak apa makan malam ni. Adoi, parahnya!


Solat tak sukar. Tetapi menghadirkan hati,jiwa dan fikiran dalam solat itu yang sukar. Pelbagai kitab cara nak capai kusyuk solat kita khatam, tapi tak pass jugak!
Alahai, lebih sukar dari membuat baulu! Tempat kena kodusif, pakaian kena bersih, fikiran kena fokus, hati kena cuci selalu, makna bacaan kena faham dan dihayati.

Well, macam bahulu jugaklah,
Nak dapat baulu yang ringan dan gebu kenala sabar, banyakkan latihan, rujuk orang berpengalaman atau baca buku berkaitan. InsyaAllah, solat tidaklah sesukar baulu, Malah lebih sedap dari baulu.Kata nak jadi mujahidah kan?^_^

Hidup Baulu!
*(Tolong jangan tanya saya soalan ni: “KENAPA BAULU?”….hehe)